RIAS WAJAHMU...

Rahsia Kecantikan
Setiap wanita memiliki kecantikan semulajadi. Bagaimana untuk menyerlahkan kecantikan itu yang perlu diketahui oleh setiap wanita. Kecantikkan seiring keyakinanmu.
Mas Mazwatie D'touch akan merealisasikan impian anda untuk tampil cantik secara semulajadi dengan warna-warna solekan yang menawan

Tuesday, April 17, 2012

Bengkel Solekan Bersama Gee Cantik
14/4/2012- Hotel Swiss Garden


Model saya utk bengkel solekan Gee Cantik- Mila Hashim

Teknik blande smokey socket Gee Cantik memang teknik yang sangat cantik bila diaplikasikan pada mata. Seperti memakai tiga warna eyeshadow sebenarnya teknik blande itu menjadikan campuran eyeshadow bertambah cantik dan seolah-olah memakai empat warna.
 





Pada mulanya nak practicekan teknik solekan Gee Cantik memang agak sukar. Akhirnya dengan bantuan team profesional Gee Cantik, saya dapat melakukanya. kami diberi masa sejam untuk menyolek model masing-masing.



Monday, February 13, 2012


                                PERTUNANGAN NORLINA ANIS-05/02/2012
                                                Cheras, Kuala Lumpur


Pertunangan Norlina Anis, memilih warna coklat dan gold. Tidak susah untuk menyolek Anis kerana kulit wajahnya tidak mempunyai masalah wlwpun ada sedikit bekas parut lama. Bajunya yang berwarna gold kekuningan, saya serlahkan dengan lipstik berwarna pink lembut. Matanya saya rias dengan tona gold coklat, coklat muda dan hitam kelabu agar nampak lebih bundar. Hasilnya tampak sangat manis buat Anis.